CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pelajar UMT Lukis Mural Anti Rasuah

 

Seramai 10 orang pelajar Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UMT telah menghasilkan dua lukisan mural berkonsep anti rasuah di dinding Sekolah Kebangsaan Pulau Redang dalam Program Perkasa Wira Anti Rasuah (WAR) pada 24 Mei 2023. Program WAR ini merupakan usaha berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melahirkan generasi bebas rasuah. Program ini telah mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated dan UMT.Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.