CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Raya@Canselori 2023 Meriah

 

Bersempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2023, Kelab Canselori UMT telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri 1444H di Pejabat Naib Canselor UMT. Majlis tersebut berlangsung dengan penuh kemeriahan. Pelbagai juadah bawaan (potluck) telah disediakan seperti Nasi Beriani Johor, Lontong Johor Special, Laksa, Mee Kari, Nasi Kunyit, Rendang Ayam, Rendang Daging dan pelbagai kuih-muih tradisional. Selain itu, turut diadakan acara penyampaian Anugerah Staf Terbaik Bulanan, Anugerah Bintang Gemilang, Anugerah Smart Jettak dan Anugerah Jangok. Anugerah telah disampaikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar. Turut hadir ke majlis adalah pegawai-pegawai kanan UMT dan staf Canselori.