CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MoU UMT dengan UNWIM tingkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perniagaan

UMT telah memeterai Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universitas Winaya Mukti (UNWIM), Indonesia bagi meningkatkan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, pihak UMT melalui Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) memeterai hubungan kerjasama dengan UNWIM melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan staf dan pelajar dalam bidang ekonomi, keusahawanan dan perniagaan.

Majlis pertukaran dokumen MoU antara UMT dengan UNWIM telah diadakan di Pejabat Naib Canselor UMT pada hari ini. Turut hadir ialah Rektor UNWIM, Prof. Dr Hj Al Komariah, dan Dekan FPEPS UMT, Profesor Dr. Suriyani Muhamad.