UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

FESTIVAL OF IDEAS 2025 (FOI @ TERENGGANU 2025)

20 Oktober 2025– Festival of Ideas (FOI) @ Terengganu 2025 merupakan penganjuran bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak mulai 17–19 Oktober 2025.

Bertemakan “Inclusivity & Sustainability: Idea to Action”, Festival of IDEAS 2025, ia  menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik yang menjanjikan inspirasi, inovasi dan kolaborasi antara komuniti, industri serta institusi pendidikan dalam memperkukuh ekosistem ilmu dan penyelidikan negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, mewakili YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.