CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan Hormat Rector Termez State University of Uzbekistan ke UMT

Pada 30 Mei 2023, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Profesor Dr Marakhimov Avazjon Rakhimovich, Rector Termez State University of Uzbekistan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai utama UMT. Termez State University ialah sebuah institusi awam di ibu kota wilayah Surkhandaryan, Uzbekistan, sebuah bandar purba berhampiran sempadan dengan Afghanistan. Universiti ini diasaskan pada tahun 1954 sebagai Institut Latihan Guru Termez. Ia juga adalah salah satu IPT terbesar di Uzbekistan dengan lebih daripada 26000 pelajar dan 800 kakitangan akademik. Ia terletak di Termez, di wilayah selatan Uzbekistan. Kini universiti itu meluaskan hubungan antarabangsanya dengan banyak IPT luar negara termasuklah UMT.