CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan Hormat Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik ke UMT

Pada 29 Mac 2023, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Encik Hirman Awang. Beliau juga merupakan Ahli Silih Ganti Lembaga Pengarah UMT mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Turut hadir adalah pegawai-pegawai utama UMT.