CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Iftar Ramadan di Masjid UMT

Bermula 1 Ramadan 1444H tahun ini, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT meneruskan program Iftar Ramadan di Masjid UMT dengan menyediakan 1,000 hidangan makanan iftar berdulang pada setiap hari yang diagihkan kepada pelajar-pelajar UMT. Program Iftar yang telah berlangsung sejak tahun 2015 ini telah mendapat tajaan daripada warga UMT, komuniti setempat, syarikat korporat dan individu perseorangan yang peka dengan nasib pelajar UMT yang kurang berkemampuan. Program Iftar ini akan dilaksanakan selama 25 hari di sepanjang bulan Ramadan.