Prof Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkuat kuasa mulai 18 April 2023. Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan media pada 21 Mac 2023 menyatakan bahawa beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor UMT sejak 2 Ogos 2021 dan pelantikan semula ini adalah bagi tempoh setahun. Beliau mempunyai pengalaman pentadbiran Universiti yang luas dan memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi. Malah, beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang melonjakkan reputasi UMT di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.