6 Jun 2026- UMT melangkah setapak lagi dalam memperkasakan agenda pembangunan mahasiswa melalui Program Literasi Kewangan, Integriti dan Anti-Rasuah Mahasiswa 2026 yang telah diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT melibatkan penyertaan hampir 1,000 mahasiswa dari institusi pengajian tinggi (IPT) Zon Pantai Timur. Program ini merupakan kolaborasi strategik antara UMT bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tema “Memperkasakan Integriti dan Memantapkan Pengurusan Kewangan Mahasiswa”.
Program ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali yang merupakan Pro Canselor UMT merangkap Pengerusi Lembaga KWSP. Turut hadir adalah Yang Berbahagia Datuk Seri Abdul Halim Aman, Ketua Pesuruhjaya SPRM. SPRM turut melancarkan MACCAMPUS, iaitu inisiatif strategik yang bertujuan memperkukuh pembudayaan integriti, meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah dalam kalangan mahasiswa.
