UMT terima kunjungan hormat Pengarah Institut Polisi Awam University of Auckland New Zealand
Pada hari ini, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin telah menerima kunjungan hormat Pengarah Institut Polisi Awam, University of Auckland, New Zealand iaitu Prof. Dr. Jennifer Curtin yang juga merupakan Profesor Pelawat di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) UMT. Turut hadir Dekan FPEPS, Prof. Dr. Suriyani Muhammad.