KUALA NERUS, 9 Jan. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melancarkan buku Momentum : Kreativiti Tanpa Sempadan, sebuah buku mewah yang memaparkan hasil kerja seni mural, sulaman dan arca yang disiapkan oleh lebih 350 pelajar UMT. Buku itu diterbitkan sebagai rentetan kejayaan Program Jom Deco Kolej Siswa 2016 yang membabitkan aktiviti seni lukis di dinding Kolej Siswa UMT.
Menurut Dato’ Haji Mohd Zubir, buku Momentum merupakan platform perkongsian idea dan ilham yang membuktikan bahawa pelajar UMT adalah kreatif, berpengetahuan seni serta memiliki kemahiran yang mengkagumkan dalam eksplorasi nilai estetika. Malah, buku ini juga merupakan medium perkongsian maklumat untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dan pemain industri tentang bakat dan kemahiran dimiliki oleh pelajar UMT.
“Pelajar universiti perlu menjadi sumber inspirasi, mendidik dan menambah nilai kepada masyarakat. Program seumpama ini akan diteruskan bukan sahaja di universiti, malah akan dilaksanakan juga di hospital, masjid dan taman asuhan kanak-kanak,” kata beliau lagi.