UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MAJLIS PELEPASAN BENIH UDANG GALAH

11 April 2026 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah berkesudian menyempurnakan Majlis Pelepasan 200,000 benih udang galah di Sungai Sedili Besar, Kampung Gembut, Kota Tinggi. Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi, Jabatan Perikanan Negeri Johor serta komuniti setempat dalam usaha memulihara biodiversiti perairan dan memperkasa ekonomi komuniti.

Sebagai universiti peneraju dalam bidang kelautan dan sumber akuatik, UMT terus komited melaksanakan pendekatan berasaskan sains melalui pembiakan terkawal di hatcheri universiti. Usaha ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 200,000 benih udang galah untuk dilepaskan secara berperingkat ke habitat semula jadi. UMT berhasrat untuk mewujudkan hub penyelidikan serta tapak kajian lapangan di Kota Tinggi, sekali gus memperkukuh peranan universiti dalam pembangunan ilmu dan pemindahan teknologi kepada masyarakat.