CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Majlis Iftar Perdana Madani UMT

Seramai 2500 pelajar hadir memeriahkan Majlis Iftar Perdana Madani UMT pada 10 April 2023 di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT. Program berbuka puasa secara santai ini dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar di bulan Ramadan. Kebanyakan pelajar merasa teruja dengan program ini dan ia merupakan pengalaman manis mereka sewaktu belajar di bulan puasa ini. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain turut hadir berbuka puasa bersama pelajar UMT.