UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa Malaysia MADANI  Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu pada 16 April 2023. Majlis berbuka puasa bersama pemimpin itu turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali beserta kira-kira 1,500 pelajar dan rakyat. Di majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan 100 Bakul Rahmah UMT (Universiti Malaysia Terengganu) kepada pelajar dan golongan miskin di Daerah Kuala Nerus. Turut berlangsung, upacara penyerahan zakat daripada Maybank Bhd; Bank Rakyat; Etiqa Takaful Bhd; Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM); RHB Bank; AmBank Group Bhd; Perumahan Kinrara Bhd dan Takaful Malaysia Sdn Bhd berjumlah RM815,211 kepada Tabung Zakat Pelajar UMT.