CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Canselori Menang Tempat Ketiga Gerai Terbaik RayaMadani@UMT2023

Gerai gabungan Canselori, PISM dan PPK telah berjaya mendapat tempat ketiga Gerai Terbaik RayaMadani@UMT2023 sempena Majlis Sambutan Aidil Fitri UMT yang telah diadakan pada 15 Mei 2023 bertempat di Dewan Sultan Mizan UMT. Menurut Puan Laila Mamat, Ketua Dekorasi Gerai Canselori, pada kali ini gerai raya menerapkan konsep ‘minimalis moden’. Hiasan gerai adalah gabungan kerjasama erat semua staf Canselori, PISM dan PPK.