Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia Ke UMT
Pada 8 Ogos 2023, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia iaitu Prof. Dr. Azlinda binti Azman. Beliau hadir ke UMT bagi merasmikan Majlis Pembukaan Mesyuarat Majlis-majlis Kaunseling Universiti Awam (MAKUMA) dan Mesyuarat Majlis Kebolehpasaran Graduan & Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MyGRAD) pada 6 hingga 9 Ogos 2023. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain dan Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, KPT, Encik Hirman bin Awang @ Semail.