Warga UMT Zahirkan Semangat Patriotik Bulan Kemerdekaan
23 Ogos 2023 | Kuala Nerus – Warga UMT menzahirkan semangat patriotik sempena sambutan bulan kemerdekaan pada 31 Ogos 2023 dengan mengibar bendera Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing. Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, pada hari ini UMT menganjurkan Program Kibar Jalur Gemilang di semua pejabat dan kenderaan warga UMT. Program yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk menyemai dan menyemarakkan penghayatan bulan kemerdekaan dalam kalangan warga UMT. Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelajar UMT yang memakai pakaian tradisional suku kaum di Malaysia bagi melambangkan semangat perpaduan seiring dengan tema “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.