UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Perkembangan Sistem Riba di Malaysia

17504218_1757263407917116_6004765175080424920_o

KUALA NERUS, 26 Mac – Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menganjurkan Syarahan Peradaban Islam pada hari ini bertempat di Dewan Syarahan Pusat Islam Sultan Mahmud UMT. Syarahan peradaban pada kali ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Nazari bin Ismail, Pensyarah Jabatan Dasar dan Strategi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM) dengan tajuk “Perkembangan Sistem Riba di Malaysia dan Kesan kepada Suasana Sosio-Politik Masyarakat Islam di Malaysia”. Ramai staf UMT yang hadir mengikuti syarahan ini bagi mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai sistem riba di Malaysia dan kesannya kepada masyarakat terutama dalam urusan muamalat.

Riba hukumnya adalah haram berdasarkan kepada firman-firman Allah swt dan sabda-sabda Rasulullah saw, di antaranya adalah firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 275 :-

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لا يَقُومُونَ إِلا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 

Maksudnya : “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan : “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.” Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya, lalu dia terus berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”