CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Hijrah ‘Minda’ Melalui Budaya Kerja Yang Profesional Dan Berpersonaliti Unggul

slide1

Pada 18 Disember 2016, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT telah mengadakan perjumpaan dengan semua staf Canselori di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Siswa UMT. Seramai 62 orang staf telah hadir ke sesi perjumpaan tersebut termasuklah Prof. Dr. Mohd Lokman Husain, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT.

Dalam sesi perjumpaan, Dato’ Dr. Nor Aieni menyatakan bahawa semua staf perlu menyemak pencapaian perkhidmatan bagi tahun 2016 dan membuat perancangan sasaran pencapaian perkhidmatan bagi tahun 2017 dengan sebaik-baiknya. “Semua staf juga perlu membuat penghijrahan minda pada tahun 2017 melalui penerapan budaya kerja yang lebih profesional dan personaliti diri yang lebih unggul. Staf juga perlu memainkan peranan untuk meningkatkan citra universiti melalui penghasilan kerja yang berkualiti dan membanggakan,” katanya lagi.

Dalam sesi tersebut juga, beliau telah menyampaikan Anugerah Staf Terbaik Bulanan Canselori kepada Ustaz Ahmad Mustaffa bin Mohamad, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (bulan September 2016) dan Encik Mohd Aimman bin Abdullah, Juruaudit Dalam (bulan Disember 2016). Beliau memaklumkan bahawa tujuan anugerah staf terbaik bulanan ialah untuk meningkatkan motivasi di kalangan staf bagi menonjolkan bakat masing-masing dengan mempamerkan personaliti yang unggul dan prestasi kerja yang cemerlang.