CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Ijtimak Pondok Malaysia 2016

G2

Pada 23 Mei 2016, YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan majlis Penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016 bertempat di Dewan Sultan Mizan , Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam majlis tersebut, beliau telah memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM2.5 juta kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) bagi memperkasa institusi pondok di negara ini.

G3Daripada jumlah itu (2.5 juta) sebanyak RM500 ribu diperuntukkan untuk Tabung Kasih Perdana Menteri. Katanya, beliau bersetuju mewujudkan Tabung Kasih Perdana Menteri bagi menyalurkan bantuan segera kepada warga pondok yang ditimpa musibah seperti bencana banjir dan kebakaran.

G4G5
Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan kewangan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan kajian pondok dan mengoperasikan semula instrumen media sosial bagi mempromosi institusi pendidikan berkenaan. Malah beliau turut melancarkan Modul Saintis Islam yang telah dibangunkan oleh UMT dengan kerjasama Yayasan Terengganu dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).

G6

Majlis Ijtimak Pondok Malaysia pada tahun ini telah disertai oleh 4,000 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru pondok dari seluruh tanah air, yang berkampung di UMT selama dua hari bermula dari 22 Mei 2016. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; Pengerusi YYPM, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan Naib Canselor UMT,  Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar.