UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MAJLIS HIBAH MUSHAF SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

10 Mac 2026 – Majlis Hibah Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin telah berlangsung pada 10 Mac 2026 bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang berkenan berangkat merasmikan majlis serta menyampaikan sumbangan kepada pelajar asnaf di Kuala Nerus

Majlis ini menyaksikan 5,000 naskhah mushaf dihibahkan kepada 20 universiti awam dan 1,600 naskhah diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kerjasama strategik bersama Etiqa Family Takaful Berhad melalui sumbangan Dana Amal Jariah berjumlah RM375,000.