
23 November 2025– UMT melakar satu lagi pencapaian penting melalui Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI) di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Shanghai Maritime University (SMU) yang berlangsung di RAIA Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu pada 23 November 2025.
Kerjasama ini membuka ruang kepada pembangunan bakat global dalam bidang maritim, logistik, pelayaran, keselamatan maritim dan penyelidikan akademik, termasuk inisiatif Overseas Talent Development Program serta pembangunan laluan pengajian ke peringkat sarjana. Ia adalah selari dengan fokus UMT ke arah pemerkasaan jaringan global, peningkatan mobiliti pelajar, serta menyokong agenda SDG4, SDG8, SDG9 dan SDG14 dalam pembangunan pendidikan dan kelestarian maritim.