
1 Oktober 2025– lebih 500 pelajar baharu UMT bersama warga kampus dan rakan strategik Maybank Islamic Berhad (MIB) turun padang menjayakan Program Go Green MJM 2025. MIB telah membuat sumbangan zakat sebanyak RM152,400.00 yang bukan sahaja meringankan beban pelajar asnaf, malah memberi peluang mereka merasai pengalaman yang membentuk jiwa dan kepimpinan.
Program seumpama ini bukan sekadar menanam bakau, membersih pantai dan berterapi pasir, tetapi lambang semangat kebersamaan, kasih kepada alam dan tekad kita mendukung kelestarian.