UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MAJLIS PERASMIAN PUSAT TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI LUAR PESISIR (CEFORE)

27 September 2025- Majlis perasmian Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE) di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

CEFORE merupakan pusat penyelidikan pertama seumpamanya di negara ini. Penubuhannya adalah hasil kerjasama strategik UMT bersama PETRONAS yang menjadi bukti sinergi cemerlang antara universiti dan industri melalui kepakaran, inovasi dan sumber bagi merealisasikan agenda tenaga boleh diperbaharui. CEFORE akan memacu penyelidikan dan pembangunan teknologi tenaga hijau, termasuk angin, ombak, arus, solar terapung dan hidrogen hijau demi menyokong aspirasi Malaysia mencapai Neutral Karbon 2050, serta membuka peluang kolaborasi kampus industri yang memberi impak besar kepada sosioekonomi dan komuniti setempat.