UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PELAKSANAAN MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (MPGIA) BAGI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI UMT

10 September 2025 – UMT melengkapkan pelaksanaan Modul Pengukuhan Governans,Integriti dan Antirasuah (MPGIA)  pada tahun ini selepas penganjuran MPGIA kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi UMT pada 10 September 2025. UMT telah menjemput penceramah khas dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya iaitu Tn. Samsul bin Salip, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM dan PPj Azizi bin Abdul Latif, Bahagian Penyiasatan Tatakelola, SPRM.

Kehadiran barisan pengurusan tertinggi UMT mencerminkan komitmen UMT dalam memperkukuh kefahaman, pembudayaan integriti dan keupayaan warga UMT dalam pencegahan rasuah seterusnya menyokong agenda nasional dalam pemerkasaan integriti dan tadbir urus.