UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SEMARAK KAMPUS MADANI TERENGGANU DI UMT

10 Ogos 2025– YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, telah berkunjung ke UMT sempena program Semarak Kampus Madani Terengganu. Lawatan telah dimulakan dengan aktiviti ke Pulau Bidong dan melaksanakan aktiviti bersama pelajar serta melihat sendiri usaha pemuliharaan khazanah marin UMT.

YB Menteri turut meluncurkan Podcast Jiwa Siswa di Studio Media Kreatif, Kompleks Akademia (bangunan hijau 4 tingkat lengkap kemudahan moden) dan Rumah Rezeki UMT (pusat bantuan makanan dan barangan asas untuk pelajar memerlukan) di kampus UMT. Semoga semangat Kampus Madani terus mekar di bumi Terengganu, mengukuhkan usaha kita melahirkan graduan holistik, berdaya saing dan berakhlak mulia.