
21 Oktober 2026- Tahun ini, seramai 2,829 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-24 yang diadakan pada 18-21 Oktober 2026 bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,770 orang ialah graduan daripada keluarga B40, 480 orang anak Terengganu dan 79 orang graduan antarabangsa. UMT juga meraikan 397 graduan kelas pertama yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam pengajian. Komuniti alumni UMT kini pula telah mencecah 46,670 orang. Diharapkan graduan yang diraikan pada tahun ini akan menjadi sebahagian daripada rangkaian alumni yang terus membawa nama baik UMT, walau di mana jua mereka berada.