UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT sasar 21 pingat dalam SUKUM 2024

Kontinjen UMT menetapkan sasaran 21 pingat dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Kali Ke-45 yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 8 hingga 16 Ogos 2024 ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Kontinjen UMT akan menyertai 10 acara sukan iaitu badminton, tenis, bola jaring, bola tampar, futsal, dart, footgolf, olahraga, catur dan bola tampar pantai. Selain itu, UMT juga menetapkan sasaran untuk memenangi 21 pingat dalam kejohanan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Penyerahan Bendera UMT kepada Kontinjen SUKUM UMT yang diadakan di Kompleks Sukan UMT pada 7 Ogos 2024. Turut hadir Ketua Kontinjen SUKUM UMT, Haji Abu Hassan Ghazali.