UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT terima sumbangan zakat berjumlah RM1,762,213.60

UMT telah menerima sumbangan zakat berjumlah RM1,762,213.60 daripada pelbagai agensi dan syarikat korporat untuk mendokong keperluan pendidikan dan pembangunan pelajar.

Menurut Naib Canselor UMT, Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, sumbangan zakat ini diterima daripada Etiqa Family Takaful Berhad, Tabung Haji Negeri Terengganu, MAIDAM, MBSB Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad, PETRONAS, Bank Rakyat, Maybank Islamic Berhad Kuala Terengganu dan RHB Bank Berhad.

Majlis penyampaian Cek Cura sebagai simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan dihadapan Tuanku Canselor UMT, Sultanah Terengganu dalam Majlis Santapan Petang sempena Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-22 yang diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 19 Oktober 2024.