UMT meterai MoU dengan RHB Islamic Bank di dasar laut Pulau Bidong
Bagi menyokong usaha untuk memulihara warisan budaya dan alam semulajadi dunia terutamanya kehidupan marin, UMT telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan RHB Islamic Bank dan uniknya majlis MoU tersebut telah diadakan pada 23 Ogos 2024 bertempat di dasar laut Pulau Bidong Terengganu.
Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, UMT meneruskan hubungan kerjasama dengan pihak RHB Islamic Bank yang telah bermula sejak tahun 2019 dan ia diperkukuh dengan pemeteraian MoU kedua bagi tempoh 2024-2029. Pihak RHB Islamic Bank begitu komited menyokong UMT sebagai sebuah universiti yang berfokus marin dalam memainkan peranan utama memulihara warisan budaya negara.
Menurutnya lagi, bersempena dengan Program Bidong Summit 3.0 UMT, pihak RHB Islamic Bank turut menyumbangkan dua mesin ATM untuk dijadikan sebagai Titik Datum di tapak simulasi arkeologi di bawah air di Pulau Bidong.
Turut hadir ialah Pengarah Urusan RHB Islamic Bank, Dato’ Adissadikin Ali.