UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT MENGORAK KERJASAMA ANTARABANGSA BERSAMA MIE UNIVERSITY, JEPUN

23 Julai 2025 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Mie University, Jepun telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena penyertaan UMT dalam Ekspo 2025 OsakaUMT. UMT diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim manakala Mie University diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif, Prof. Satoshi Kaneco.

Kerjasama ini bakal memperluas pelaksanaan program mobiliti, pertukaran ilmu serta inisiatif penyelidikan bersama. Selain itu juga turut memperkukuh usaha UMT dalam meneroka peluang global sebagai universiti berteraskan kelautan dan kelestarian yang unggul di peringkat antarabangsa.