UMT telah menjalin hubungan kerjasama dengan Maxis Broadband Sdn. Bhd. melalui pemeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada 20 November 2024. Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, kerjasama strategik antara UMT dengan Maxis akan memperkasakan kebitaraan mahasiswa melalui pelaksanaan program secara bersama bagi meningkatkan kemahiran mahasiswa serta membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Malah ia juga akan mengukuhkan hubungan industri dengan universiti dan ini akan memberikan manfaat yang baik kepada pelajar. Turut hadir ialah Encik Patrick Er, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Tranformasi Maxis Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd, dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr Mohd Izani Mohd Zain.