CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT dan UMP Tekad Perkukuh Tadbir Urus Kewangan Melalui Perkongsian Pintar Sistem ezSNAP

Sistem Nilaian Audit Penampilan (ezSNAP) yang diperolehi daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Program Perkongsian Pintar Antara Agensi Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat pada tahun 2014 telah ditambah baik oleh AUD UMT sesuai dengan pelaksanaan di universiti awam. Melalui sistem ini, prestasi pematuhan setiap elemen kawalan pengurusan kewangan bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) dapat dinilai dan dipantau.

Pada 6 Februari 2023 (Isnin), Bahagian Audit Dalam (AUD), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meluaskan perkongsian amalan baik tadbir urus pengurusan kewangan dengan Unit Audit Dalam, Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Perkongsian Pintar Sistem ezSNAP. Majlis perkongsian disempurnakan dengan menyerahkan Source Code Sistem ezSNAP oleh Encik Mohd Riduan bin Mohamed Rakhazali, Ketua Audit Dalam UMT kepada  Encik Mohd Akram bin Abdul Razak, Ketua Audit Dalam UMP.

 

Sebagai rekod, sebelum ini Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut sama telah menjalinkan kerjasama dengan UMT melalui perkongsian pintar ini. Penggunaan Sistem ezSNAP telah terbukti dapat meningkatkan kesedaran PTj dan pematuhan kepada peraturan yang berkuat kuasa.