24 Jun 2025 – Unit Integriti UMT dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Inovasi (PPBI), UMT telah menganjurkan Program Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 22-23 Jun 2025 disusuli bagi Kumpulan Pelaksana pada 24-25 Jun 2025.
Program MPGIA ini adalah julung kali diadakan di UMT selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021 : Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA). Program diisi dengan sesi ceramah di mana tajuk setiap slot adalah merujuk sepertimana penetapan di dalam pekeliling MPGIA. Kandungan yang diketengahkan dalam kursus ini adalah relevan dengan keperluan situasi peserta dalam meningkatkan pengetahuan sebagai penjawat awam dan warga UMT secara khasnya mengenai isu integriti dan antirasuah di mana majoriti peserta kursus adalah staf yang terlibat dengan urusan perolehan universiti.
Penceramah yang terlibat dalam program ini adalah dari SPRM Negeri Terengganu, Majlis Pegawai-Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA) dan Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu.
Penganjuran program sebegini jelas menzahirkan komitmen UMT yang sentiasa berusaha bagi mewujudkan persekitaran sifar toleransi dan tiada kompromi terhadap kesalahan jenayah rasuah agar integriti perkhidmatan awam terus terpelihara dan diyakini selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
