Sesi perkongsian bagi Zon timur telah diadakan pada 9 Feb 2015 di UNiSZA dan dihadiri oleh wakil Audit Dalam UNIMAS,UKM,UiTM,UMP,UMK dan UMT. Objektif sesi ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan auditan penyelidikan. Unit Audit Dalam, UNiSZA telah sudi berkongsi maklumat dan pengalaman mereka dan ia menjadi input penting kepada pegawai dari IPTA lain untuk menjalankan auditan ini di masa akan datang.