Sesi mengadap Sultan Terengganu dan Sultanah Terengganu
Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu selaku Tuanku Canselor UMT pada 17 September 2024. Upacara Mengadap ini diadakan di Istana Syarqiyyah Kuala Terengganu bagi menyembah maklum perkembangan terkini universiti serta pelaksanaan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu Ke-22 dan Perisytiharaan Pelantikan Pro-Canselor yang akan diadakan pada 19-22 Oktober 2024.