UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pusat Islam UMT Anjurkan Kem Bijak Aulad 2016

15252519_1246131218779304_8500970417050125531_o

25 November 2016 merupakan permulaan cuti sekolah di negeri Terengganu yang sememangnya dinantikan oleh anak-anak termasuklah ibubapa masing-masing. Namun, musim cuti sekolah tidak harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat untuk anak-anak dan ibubapa. Di waktu sebeginilah, ibubapa meluangkan masa dengan anak-anak dengan melakukan aktiviti kekeluarga seperti melancong, riadah dan sebagainya. Namun ada juga ibubapa yang tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak tetapi sentiasa memberikan perhatian yang penting untuk memastikan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Menyedari akan kepentingan ini, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menganjurkan Kem Bijak Aulad 2016 yang bermula dari 27 November hingga 8 Disember 2016. Kem ini dianjurkan sempena cuti sekolah dan seramai 80 orang peserta yang berumur dari 6 hingga 12 tahun telah menyertai kem ini. Peserta kem akan mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik seperti amali solat dan doa harian, hafazan Al-Quran, mempelajari adab-adab amalan harian, menghayati sirah Nabi & hadis Rasulullah, sukan Sunnah (Berkuda & Memanah) serta program lawatan ke sekitar kampus UMT dan tempat menarik sekitar Kuala Terengganu.