6 Mac 2025 – Tahun 2024 telah membawa pelbagai cabaran serta kejayaan yang bermakna buat UMT menandakan perjalanan penuh liku telah berjaya UMT harungi bersama dengan pencapaian yang membanggakan.
Sungguhpun perjalanan masih lagi jauh, langkah yang telah dimulakan oleh kepimpinan UMT yang terdahulu perlu diteruskan tanpa henti. Melangkah ke tahun baharu dan bagi mengorak langkah ke arah yang lebih gemilang, Majlis Perutusan Naib Canselor Tahun 2025 telah diadakan dan disampaikan oleh Naib Canselor, YBhg. Prof Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim kepada semua warga UMT yang bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT.
Dalam Perutusan 2025 ini, ia menghimpunkan refleksi pencapaian UMT yang telah memberi manfaat serta impak kepada semua di samping menggariskan 8 Tumpuan dengan 48 Strategi untuk kita teruskan mencapai kejayaan bagi tahun ini. Semoga UMT berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
