UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pengerusi Lembaga Pengarah UMT bertemu dengan staf akademik luar negara

Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Profesor Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod telah mengadakan sesi pertemuan dengan beberapa staf akademik UMT yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom. Sesi pertemuan tersebut telah diadakan pada 19 Mei 2024 bertempat di Cempaka London. Turut hadir ialah Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT.

Sesi pertemuan ini diadakan rentetan pihak pengurusan UMT mengikuti Program Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Tinggi ke United Kingdom pada 19 Mei 2024. Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan antaranya perkembangan pengajian, projek penyelidikan yang sedang dilaksanakan serta masalah-masalah yang timbul termasuklah urusan kebajikan staf akademik UMT di sana.