
15 Mei 2025- UMT Holdings telah melancarkan Biasiswa UMT Holdings untuk menaja pelajar cemerlang yang menyambung pengajian di UMT. Biasiswa ini dikhususkan untuk pelajar cemerlang daripada keluarga B40 dan menawarkan tajaan bernilai RM10,000 setahun merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup dan sokongan pembangunan akademik serta sahsiah diri sepanjang pengajian di UMT dari peringkat Asasi sehingga ke ijazah.
Penyerahan biasiswa telah diadakan pada 15 Mei 2025 di Sekolah Menengah Bukit Besi yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Haji Din Adam, Pengerusi UMT Holdings kepada penerima sulung kategori SPM iaitu Saudari Nurul Iman Kamaruzaman.
Semoga komitmen memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada pelajar kurang berkemampuan ini dapat memberi manafaat kepada pelajar terlibat yang mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang.