Pelajar meriahkan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 di UMT
Hari Sukan Negara di Malaysia telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober pada setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Sukan Negara disambut serentak seluruh Negara pada 12 Oktober 2024.
Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim bersama ahli pengurusan tertinggi UMT telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Nerus yang diadakan di Stadium Kompleks Tengku Muhammad Ismail UMT. Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar UMT dan komuniti setempat. Selain daripada aktiviti senamrobik, peserta program turut mengikuti aktiviti ‘Fun Run’ mengelilingi UMT sejauh 5km.
Menurut Naib Canselor UMT, setiap individu perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk memastikan minda yang cergas, tubuh yang kuat dan kehidupan yang seimbang. Kesihatan adalah kekayaan yang sebenar.