Naib Canselor terima kunjungan Pegawai Memerintah PSSTLDM
Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menerima kunjungan hormat Pegawai Memerintah Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Setiu, Kdr Khairul Azrimi Ariffin PSSTLDM pada petang tadi. Turut hadir Pengarah Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar UMT, Encik Borhanudin bin Mohd Yusof @ Mohamed, dan Pegawai Staf PALAPES LAUT UMT, Lt Dya Siti Maimun binti Ismail PSSTLDM.