Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah menerima kunjungan hormat Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn. Bhd., Dato’ Nancie Foo. Dalam sesi pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah hubungan kerjasama UMT dengan Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh dalam mempromosikan aktiviti menyelam di Stesen Penyelidikan Alami Marin, Pulau Bidong. Turut hadir Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari.