Naib Canselor terima kunjungan hormat Naib Presiden Kanan Charoen Pokphand Group Co. Ltd, Thailand
Naib Canselor UMT, Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah menerima kunjungan hormat Naib Presiden Kanan Charoen Pokphand Group Co. Ltd, Thailand, Mr. Jhomkitti Sirikul di pejabatnya pada hari ini. Dalam sesi pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah berbincang mengenai hubungan kerjasama yang akan dilaksanakan dalam meningkatkan keupayaan dan kepakaran penyelidikan dan inovasi dalam bidang pertanian dan keselamatan makanan. Turut hadir Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT, Profesor Ts. Dr. Mohd. Effendy bin Abd. Wahid.