UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor terima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi

Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Berhad, Dato’ Idham Nawawi di pejabatnya hari ini. Dalam sesi pertemuan itu, mereka telah membincangkan hubungan kerjasama yang akan dilaksanakan antara UMT dengan CelcomDigi. Dato’ Idham yang juga merupakan CEO@Faculty di UMT telah menyampaikan Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT kepada pelajar UMT bertempat di Auditorium Sulaiman PSNZ. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain.