Naib Canselor terima kunjungan hormat delegasi Pejabat Parlimen Kota Tinggi Johor
Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah menerima kunjungan hormat delegasi Pejabat Parlimen Kota Tinggi Johor di UMT pada 14 November 2024. Delegasi tersebut merupakan peserta 3 Projek Khas Knowledge Transfer Program Sedeli yang telah diselaraskan oleh Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) UMT. UMT telah melaksanakan program pemindahan ilmu di Komuniti Sedeli sejak tahun 2023 hingga sekarang. Program ini telah diilhamkan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin mentransformasikan ekonomi di komuniti tersebut.