UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor terima kunjungan hormat delegasi Maybank

Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah menerima kunjungan hormat delegasi Maybank yang terdiri daripada Encik Mat Zamri Hassan, Ketua Produktiviti dan Prestasi Perniagaan, Encik Wan Mohamad Amiruddin Wan Mohamad, Encik Noor Azlan Kasim dan Puan Normah Mohamed daripada Maybank Kuala Terengganu. Dalam sesi pertemuan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan terutama berkaitan pelaburan dan pendanaan zakat pelajar. Turut hadir Puan Azizah Hasan, Bendahari UMT.