UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor menerima kunjungan hormat Duta Besar Belgium ke Malaysia

Pada 24 September 2024, Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah menerima kunjungan hormat Duta Besar Belgium ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Peter Van Acker di Pejabat Naib Canselor UMT. Dalam sesi pertemuan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah hubungan kerjasama penyelidikan UMT dalam ASEAN Fisheries Education Network (ASEAN-FEN) dan program-program penyelidikan dengan Ghent University di Belgium. Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai peluang untuk mewujudkan lebih banyak program kerjasama saintifik antara UMT dengan negara Belgium bagi menghadapi cabaran yang dihadapi oleh komuniti dunia terutamanya dalam aspek keterjaminan makanan, perikanan, akuakultur dan ekosistem marin.