
17 April 2025- Bagi mengeratkan lagi kebersamaan UMT dan meraikan kehadiran bulan Syawal yang mulia, UMT telah mengadakan Majlis Selembar Kasih Aidilfitri melibatkan seluruh warga UMT bertempat di Dewan Sultan Mizan.
Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dan asnaf yang turut menerima sumbangan duit raya oleh warga UMT. Turut diadakan pertandingan gerai terbaik antara PTj yang menyediakan aneka juadah hari raya.
Semoga penganjuran majlis ini dapat menyemai kasih dan ukhwah sesama warga UMT.