UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Majlis Jasa Mu Dikenang menghargai sumbangan Profesor Dr Fauziah Abu Hasan

Canselori UMT telah mengadakan Majlis Jasa Mu Dikenang bagi menghargai jasa dan sumbangan khidmat bakti Profesor Dr. Fauziah Abu Hasan sepanjang berkhidmat sebagai Pro Naib Canselor (Industri, Masyarakat dan Strategi) dan 39 tahun perkhidmatan di UMT. Beliau akan menamatkan perkhidmatan di UMT pada 30 November 2024. Majlis ini turut dihadiri Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan pegawai-pegawai utama UMT. Terima kasih Prof. Gee atas sumbangan yang diberikan.